Tuesday, December 8, 2009

bila dilanda UJIAN dariNYA..

Tuesday, December 8, 2009

haaaaaa...sebelum nie aku da post lagu
TROUBLE IS A FREN...tp kekadang kita mst terasa mcm susah sgt nak d bwat kwn si TROUBLE nie......sbb tlalu besar cabaran n dugaan...sehingga xttanggung oleh kita...insan biasa...so...kat cni aku nak letakkan jawapan kepada soklan yg sering timbol kat kpala hotak kita bila d serang masalah...

AWAT terok sgt ujian utk aku lalui nie?

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

-Surah Al-Baqarah ayat 286

PASAIPA apa yg aku nak/harapkan slalu xdpt?

” ….. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. “

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KAT sapa lg aku nak mintak tolong?

” ….. Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy yang agung. “

-Surah At-Taubah ayat 129

PASAIPA aku diuji sebegini?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: “Kami telah beriman,” sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. “

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

AKU dah xmampu lalui semua nie...

” ….. dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. “

-Surah Yusof ayat 87


semoga apa yg aku post nie..dapat bantu kita semua...memberikan kita lebey bsemangat lalui semua nie...think +ve...mcm lagu yg aku post...xde orang yg xkan bebas dr masalah...kecik atau besaq masalah tu...ia akan mesti terubat bila kita tau janji2 ALLAH...so...mari kita rujok AL QURAN...xde kitab sePERFECT al Quran...


p/s : TUHAN maha adil...

maha pengasih..

maha penyayang


0 comments:

Post a Comment

 
M3gHapOO !! ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates